LAWATAN KUNJUNG MENGUNJUNG MARHABAN HARI RAYA 2018

Monday, 9 July 2018

               
                 
                LAWATAN KUNJUNG MENGUNJUNG MUHIBBAH DAN MARHABAN 

Pada tarikh 1-3 hb Jun yang lepas,PPKI SMKKB telah menganjurkan lawatan kunjung-mengunjung Marhaban Hari Raya.Lawatan ini melibatkan 8 buah rumah guru, ppm dan murid.Tujuan program ini dijalankan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga PPKI dengan ibu bapa murid dan melatih murid bergaul mesra dengan orang luar.Semua guru,murid dan ppm bergerak dari sekolah pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.



PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KULAI

Wednesday, 27 June 2018


                                                     
                                        PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KULAI

Pada hari RABU 27 JUN 2018, Seramai 8 orang murid diiringi oleh 2 orang guru penasihat dan GPK PPKI SMKKB telah menyertai pertandingan petanque untuk Daerah Kulai di SMK BANDAR TENGGARA.PPKI SMKKB telah mendapat tempat keempat dalam kategori SIMDROM DOWN.




MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME

Monday, 23 April 2018

MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL
2 APRIL 2018

Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day disambut pada setiap 2 April setiap tahun untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit Autisme.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, ‘Light It Up Blue’,
Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar Autisme.
Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

SMK Sultan Ibrahim Kulai telah menganjurkan Pesta Hari Pendidikan khas dan sambutan bulan kesedaran autisme pada tarikh 2 april 2018 dengan menjemput semua ppki sekolah menengan sekitar daerah kulai untuk sama-sama memeriahkan pesta tersebut.Pesta di adakan di dewan perdana sekolah tersebut.Dengan jemputan tersebut, smk kulai besar telah membewa seluruh warga PPKI ke sana bagi meraikan dan sama-sama terlibat dalam usaha kesedaran autisme.
pelbagai gerai  jualan makanan, produk keluaran sekolah serta perkhidmatan di buka di gerai-gerai kecil.Antaranya ialah gerai makanan ringan dan berat seperti juadah sarapan pagi, kek dan pastri,pelbagai jenis air minuman dan buah-buahan.Tidak lupa juga produk keluaran sekolah seperti SMPKV iaitu minyak aromaterapi dan buku masakan guru juga di jual.















MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR, GURU DAN PPM

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR, GURU DAN PPM
15 MAC 2018

           PPKI SMKKB telah mengadakan majlis bacaan yaasin dan sambutan hari jadi pada 15 mac 2018.Majlis ini diadakan secara sederhana namun meriah.Tujuan diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi dapat berkumpulnya warga pendidikan khas dan aafiat sehingga ke hari ini dengan harmoni.Selain itu,acara memotong kek juga memberikan keceriaan kepada pelajar-pelajar yang menyambut hari jadi.Majlis berjalan dengan baik bersama hidangan juadah yang lazat.




KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR TAHUN 2018

Sunday, 8 April 2018

TAJUK LAPORAN: KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR TAHUN 2018
TARIKH:8-11 APRIL 2018 (AHAD-RABU)
TEMPAT:STADIUM SULTAN IBRAHIM,MUAR


Peserta:
Nama peserta
Acara
Nurul Syamimi Binti Zulkifli

4x400m,4x100m,400m,200m
2.Muhammad Firdaus Bin Ahmad Jailani
1500m,800m,4x400m
3.Sherhan Soliheen Bin Salem
100m,200m,4x100m

Pada 8-11 April 2018,telah diadakan kejohanan sukan olahraga pendidikan khas negeri Johor tahun 2018. Seramai 3 orang pelajar pendidikan khas kulai besar telah menyertai acara yang dipertandingkan. Nurul syamimi telah mendapat pingat perak dalam acara 4x400m.Daerah Kulai telah mendapat tempat ke-4 daripada 11 buah daerah di negeri johor.





MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1

Sunday, 11 March 2018

            MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1

                        Pada Ahad 11 Mac 2018, telah berlangsungnya suatu MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1yang melibatkan seramai 28 orang ibu bapa pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Indahpura 1.Lawatan ini merupakan lawatan yang bertujuan berkongsi maklumat pdpc di SMK KULAI BESAR.Semasa sesi lawatan, pihak PPKI SMK KULAI BESAR telah memberikan sedikit taklimat mengenai unit PPKI di sekolah ini.Taklimat itu, antara intipatinya adalah tentang halatuju pdpc , pelajar, subjek, kemahiran-kemahiran yang diajar seperti Pertanian, refleksologi, pembuatan roti,asas masakan dan pembungkusan, tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murud.
                         Para ibu bapa dapat melawat dan meninjau keadaan sekolah menengah yang bakal dimasuki oleh anak-anak mereka yang kini sedang bersekolah di sekolah rendah Indahpura 1selain mendapat maklumat terperinci tentang pdpc pendidikan khas di sekolah menengah.GPK Pendidikan Khas Kulai Besar, En.Mohd Zainuddin bin Md Dom antara yang memberi taklimat serta membawa ibu bapa melawat kelas-kelas kemahiran seperti kelas asas refleksologi di mana ibu-bapa dapat melihat latihan refleksologi serta mengalami sesi mengurut kaki.Selain itu, mereka juga dibawa ke bilik pembuatan roti untuk melihat bagaimana proses pembuatan roti dan merasa roti yang siap dibakar.
Sesi lawatan di akhiri dengan jamuan ringan dan berakhir pada jam 12 tengahari.

                                        Gambar:Taklimat pdpc dan lawatan kelas kemahiran


PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL ANTARA PPKI SMK KULAI BESAR DAN SMK SULTAN IBRAHIM

Wednesday, 7 March 2018

                      PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL                                                       ANTARA  PPKI SMK KULAI BESAR DAN SMK SULTAN IBRAHIM
                                                                  
Pada 7 Mac 2018, SMK SULTAN IBRAHIM dan SMK KULAI BESAR telah mengadakan PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN ROTI bertempat di SMK SULTAN IBRAHIM.Seramai 6 orang pelajar pendidikan khas kulai besar ,seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid terlibat.Dalam program ini,pelajar dari kedua-dua sekolah bersama-sama mengambangkan bakat membuat aneka jenis roti.Mereka dibimbing oleh guru-guru bermula dari awal proses menyediakan bahan adunan, menyukat bahan, mengadun, membentuk doh, mengisi inti dan membakar roti.Hasil dari ketekunan dan kesungguhan para pelajar, akhirnya pelbagai jenis roti seperti roti pizza, kacang dan butter dan ramai yang berpuashati dengan rasa roti yang lazat dan berkhasiat.


                                  Gambar menunjukkan proses menghasilkan 3 jenis roti.

Alamat

SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No telefon & Faks

No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210