PROGRAM KUNJUNG - BANTU DARI SMK SENAI

Monday, 21 November 2016

SMK Kulai Besar telah mengadakan Program Kunjung-bantu bersama SMK Senai pada 18 Oktober 2016 yang lepas. Program ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan kemahiran serta memberi pendedahan kepada murid-murid untuk bergaul dengan rakan-rakan lain.
















Murid menyediakan bahan-bahan dan untuk program

















SMK Senai dengan jayanya menguasai ilmu Pembuatan Roti yang di ajar oleh Cikgu Roshasma dan dibantu oleh murid-murid Pendidikan Khas SMK Kulai Besar.

PROGRAM KEMAHIRAN PEMBUATAN ANEKA ROTI (SWEET BUN)

Program Pembuatan Roti oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Kulai Besar. Proses pembelajaran merangkumi :

1) Panduan Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan dalam Pembuatan Roti
2) Mengenal Peralatan Asas Pembuatan Roti
3) Mengenal Jenis-jenis Produk Bakery
4) Mengenalpasti bahan-bahan yang diperlukan dalam pembuatan roti
5) Proses Pembuatan Roti
6) Mempelajari cara-cara membuat aneka jenis roti
7) Pembungkusan
8) Jualan
















Murid sedang membuat beraneka jenis roti

Roti yang siap di bakar dan sedia di jual

MAKLUMAT PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Tuesday, 8 November 2016


MAKLUMAT GURU-GURU PENDIDIKAN KHAS SMK KULAI BESAR



LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SMK KULAI BESAR

Monday, 7 November 2016


         Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Kulai Besar ialah En. Mohd Zainudin Bin Muhamad Dom dan seramai 7 orang guru, iaitu :
  • En. Nizarudin Bin Marsom
  • En. harun Bin Idris
  • Pn. Roshasma Bt Maktar
  • Pn. Asmahani Bt Hussin
  • Pn. Herneyane Bt Jasman
  • Pn. Suhaini Bt Abas
  • Pn. Norfahizah Bt Fadzil
Dan dibantu oleh 2 orang Pembantu Pengurusan Murid iaitu :
  • Pn. Nurul Najwah Bt Ismail
  • Pn. Julianah Bt Suparman
Pada masa kini, kelas Pendidikan Khas SMK Kulai Besar telah mempunyai murid seramai 38 orang dengan lima kelas iaitu :
  • Kelas Bestari
  • Kelas Wawasan
  • Kelas Gemilang
  • Kelas Cemerlang
  • Kelas Dedikasi



CARTA ORGANISASI


KEM MOTIVASI PENGAKAP PERINGKAT DAERAH 2016

 





Bersungguh-sungguh para murid menyelesaikan check point hingga akhir.
terdapat 21 check point untuk di tamatkan dan melayakkan murid menerima lencana khas.
Tahniah pada semua murid dan guru pengiring.

JEMPUTAN IBU BAPA/PENJAGA KE MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN DAN ANUGERAH CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS SMK KULAI BESAR 2016

Sunday, 6 November 2016


Dengan segala hormatnya kami warga Pendidikan Khas SMK Kulai Besar menjemput 
Tuan / Puan / Encik / Cik 
Ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang dan Jamuan Akhir Tahun 2016 pada ketetapan berikut :

 Tarikh : 20 November 2016
 Hari : Ahad
 Masa : 10.00 pagi
Tempat : Goodhope Hotel, JB

Semoga Dengan Kehadiran Tuan / Puan akan memeriahkan lagi majlis kami.

Alamat

SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No telefon & Faks

No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210