KEMAHIRAN PEMBUNGKUSAN

Monday, 17 April 2017

Kelas Kemahiran Pembungkusan dibawah bimbingan Puan Herneyane bt Jasman.. Bilangan pelajar seramai  8 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme.Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membungkus pelbagai jenis kerepek. Selain itu,guru juga membuat aktiviti jualan. Dimana pelajar menjual kerepek yang telah siap dibungkus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad, selasa dan rabu pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian. Selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.



KEMAHIRAN ASAS MASAKAN

Kelas Kemahiran Asas Masakan dibawah bimbingan Puan Nurul Nadia yusoff. Bilangan pelajar seramai 9 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme. Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membuat kek cawan dan jagung kukus, cucur dan kek butter. Selain itu, guru juga membuat aktiviti jualan, di mana pelajar menjual kek coklat kukus dan jagung kukus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad dan selasa pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian...selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.

LAWATAN PENANDA ARAS DI SMK TAMAN PUTRI

Sunday, 16 April 2017

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kulai Besar (PPKI) telah mengadakan lawatan penanda Aras projek kemahiran ke SMK Taman Putri pada:

Tarikh:9 Mac 2017(Khamis)
Masa: 8.00 pagi-12.00 tghri
Bilangan peserta:20 pelajar, 7 orang guru pengiring dan 2 ppm.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menambahkan ilmu dalam bidang pertanian,penternakan dan dobi.Di samping pelajar dapat merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik.

KEMAHIRAN REFLEKSOLOGI

Saturday, 15 April 2017

Kelas kemahiran asas refleksologi yang dibimbing oleh Puan Suhaini binti Abas telah dapat mendidik pasukan refleksologi yang terdiri dari 7 orang pelajar  iaitu 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Kemahiran refleksologi mengajarkan teknik-teknik mengurut kaki dengan menekan titik-titik refleks yang mewakili organ-organ dalaman badan.pelajar diajar cara mengurut yang sesuai dengan kemampuan mereka.Mereka kini semakin mahir di bidang ini.

 



LAWATAN RISDA

23 Febuari 2017 bertempat di Kelas Pendidikan Khas Integrasi.... Lawatan dari Pihak Risda ke Kelas Pendidikan Khas SMK Kulai Besar untuk melihat sejauh mana murid-murid Pendidikan Khas berupaya untuk menghasilkan aneka jenis roti.



KEMAHIRAN PERTANIAN

KEMAHIRAN PERTANIAN yang dipimpin oleh PUAN NORFAHIZAH BINTI FADZIL membimbing pelajar akan cara-cara penanaman benih anak pokok seperti cili. terung, jagung,sawi dan lain-lain lagi.Pelbagai teknik juga diajarkan sebagai pengetahuan tambahan yang dapat menarik minat pelajar ke arah cinta akan pertanian.



                                       
                  








LAWATAN PENANDA ARAS PROJEK PEMBUATAN ANEKA JENIS ROTI DARI SK SENAI DAN SK SENAI UTAMA

Lawatan Penanda Aras Projek Pembuatan Aneka Jenis Roti dari SK Senai Dan SK Senai Utama ke PPKI SMK Kulai Besar pada 6 April 2017 (khamis). Alhamdulillah... Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru-guru, PPM dan anak-anak syurga ini yang sudi hadir ke sekolah kami. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama... Terima kasih juga kepada tenaga pengajar kita iaitu Cikgu Roshasma Maktar...








Alamat

SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No telefon & Faks

No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210