Kelas Kemahiran Pembungkusan dibawah bimbingan Puan Herneyane bt Jasman.. Bilangan pelajar seramai 8 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme.Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membungkus pelbagai jenis kerepek. Selain itu,guru juga membuat aktiviti jualan. Dimana pelajar menjual kerepek yang telah siap dibungkus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad, selasa dan rabu pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian. Selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.
1 comments:
tahniah cikgu n anak2 ppki
Post a Comment