LATIHAN KEMAHIRAN LUAR ASAS REFLEKSOLOGI DI PASAR TJMART SALENG

Sunday, 21 May 2017

       
 Pada 4hb Mei 2017 yang lepas,Program Kemahiran  Asas Refleksologi telah mengadakan aktiviti kemahiran luar yang bermula dari jam 10.00-12.30 pg bertempat di Pasar TJ Mart,saleng.Aktiviti ini disertai dengan 5 orang pelajar dan dipantau oleh seorang guru iaitu Puan Suhaini Abas dan seorang pembantu pengurusan murid Puan Juliana Suparman.Pihak sekolah telah mendapat keizinan daripada pihak pengurusan pasar TJ mart untuk mengadakan latihan di ruangan legar di bahagian barat kawasan pasar.Latihan kemahiran luar ini bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman pelajar iaitu dengan bertemu masyarakat.Justeru itu.para pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana sebenar mengurut kaki di luar.

          Selama 2 jam setengah latihan dijalankan,pelajar-pelajar yang juga pelatih refleksologi berpeluang mengurut kaki orang awam yang berkunjung ke pasar tersebut.Rata-rata yang diurut banyak memuji program latihan ini.Mereka juga berpeluang bertanyakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan titik-titik refleks pada tapak kaki mereka.Setiap sesi refleksologi mengambil masa selama 40 minit.Ramai pengunjung Pasar TJ Mart yang diurut'telah memberi sumbangan kepada tabung refleksologi smk kulai besar.Kesimpulannya,latihan kemahiran luar yang dijalankan pada kali pertama telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.Diharapkan selepas ini lebih banyak latihan kemahiran luar dijalankan di sekitar kulai agar suasana 2 hala dapat diwujudkan antara pelatih refleksologi dan masyarakat.




                                       Latihan kemahiran Asas Refleksologi di TJ Mart Saleng
                                                           

0 comments:

Post a Comment

Alamat

SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No telefon & Faks

No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210