LAWATAN KUNJUNG MENGUNJUNG MARHABAN HARI RAYA 2018
Monday, 9 July 2018
LAWATAN KUNJUNG MENGUNJUNG MUHIBBAH DAN MARHABAN
Pada tarikh 1-3 hb Jun yang lepas,PPKI SMKKB telah menganjurkan lawatan kunjung-mengunjung Marhaban Hari Raya.Lawatan ini melibatkan 8 buah rumah guru, ppm dan murid.Tujuan program ini dijalankan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga PPKI dengan ibu bapa murid dan melatih murid bergaul mesra dengan orang luar.Semua guru,murid dan ppm bergerak dari sekolah pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 1.00 tengahari.
PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KULAI
Wednesday, 27 June 2018
PERTANDINGAN PETANQUE DAERAH KULAI
Pada hari RABU 27 JUN 2018, Seramai 8 orang murid diiringi oleh 2 orang guru penasihat dan GPK PPKI SMKKB telah menyertai pertandingan petanque untuk Daerah Kulai di SMK BANDAR TENGGARA.PPKI SMKKB telah mendapat tempat keempat dalam kategori SIMDROM DOWN.
MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME
Monday, 23 April 2018
MINGGU PENDIDIKAN KHAS DAN SAMBUTAN BULAN KESEDARAN AUTISME DI SEKOLAH MENENGAH SULTAN ISMAIL
2 APRIL 2018
Hari Kesedaran Autisme Sedunia, World Autism Awareness Day disambut pada setiap 2 April setiap tahun untuk memupuk kesedaran dikalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit Autisme.
Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut dengan tema warna biru, ‘Light It Up Blue’,
Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia bukan sahaja diharap untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai mereka yang mempunyai autisme tetapi juga supaya masyarakat akan mengetahui dengan lebih mendalam mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh para pelajar Autisme.
Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.
Austime atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.
SMK Sultan Ibrahim Kulai telah menganjurkan Pesta Hari Pendidikan khas dan sambutan bulan kesedaran autisme pada tarikh 2 april 2018 dengan menjemput semua ppki sekolah menengan sekitar daerah kulai untuk sama-sama memeriahkan pesta tersebut.Pesta di adakan di dewan perdana sekolah tersebut.Dengan jemputan tersebut, smk kulai besar telah membewa seluruh warga PPKI ke sana bagi meraikan dan sama-sama terlibat dalam usaha kesedaran autisme.

pelbagai gerai jualan makanan, produk keluaran sekolah serta perkhidmatan di buka di gerai-gerai kecil.Antaranya ialah gerai makanan ringan dan berat seperti juadah sarapan pagi, kek dan pastri,pelbagai jenis air minuman dan buah-buahan.Tidak lupa juga produk keluaran sekolah seperti SMPKV iaitu minyak aromaterapi dan buku masakan guru juga di jual.
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR, GURU DAN PPM
MAJLIS BACAAN YAASIN DAN SAMBUTAN HARI JADI PELAJAR, GURU DAN PPM
15 MAC 2018
PPKI SMKKB telah mengadakan majlis bacaan yaasin dan sambutan hari jadi pada 15 mac 2018.Majlis ini diadakan secara sederhana namun meriah.Tujuan diadakan adalah untuk memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi dapat berkumpulnya warga pendidikan khas dan aafiat sehingga ke hari ini dengan harmoni.Selain itu,acara memotong kek juga memberikan keceriaan kepada pelajar-pelajar yang menyambut hari jadi.Majlis berjalan dengan baik bersama hidangan juadah yang lazat.
KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR TAHUN 2018
Sunday, 8 April 2018
TAJUK LAPORAN: KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR TAHUN 2018
TARIKH:8-11 APRIL 2018 (AHAD-RABU)
TEMPAT:STADIUM SULTAN IBRAHIM,MUAR
Peserta:
Nama peserta
Acara
Nurul Syamimi Binti Zulkifli
4x400m,4x100m,400m,200m
2.Muhammad Firdaus Bin Ahmad Jailani
1500m,800m,4x400m
3.Sherhan Soliheen Bin Salem
100m,200m,4x100m
Pada 8-11 April 2018,telah diadakan kejohanan sukan olahraga pendidikan khas negeri Johor tahun 2018. Seramai 3 orang pelajar pendidikan khas kulai besar telah menyertai acara yang dipertandingkan. Nurul syamimi telah mendapat pingat perak dalam acara 4x400m.Daerah Kulai telah mendapat tempat ke-4 daripada 11 buah daerah di negeri johor.

MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1
Sunday, 11 March 2018
MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1
Pada Ahad 11 Mac 2018, telah berlangsungnya suatu MAJLIS JALINAN MESRA DAN PERKONGSIAN INFORMASI SK INDAHPURA 1yang melibatkan seramai 28 orang ibu bapa pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Indahpura 1.Lawatan ini merupakan lawatan yang bertujuan berkongsi maklumat pdpc di SMK KULAI BESAR.Semasa sesi lawatan, pihak PPKI SMK KULAI BESAR telah memberikan sedikit taklimat mengenai unit PPKI di sekolah ini.Taklimat itu, antara intipatinya adalah tentang halatuju pdpc , pelajar, subjek, kemahiran-kemahiran yang diajar seperti Pertanian, refleksologi, pembuatan roti,asas masakan dan pembungkusan, tenaga pengajar dan pembantu pengurusan murud.
Para ibu bapa dapat melawat dan meninjau keadaan sekolah menengah yang bakal dimasuki oleh anak-anak mereka yang kini sedang bersekolah di sekolah rendah Indahpura 1selain mendapat maklumat terperinci tentang pdpc pendidikan khas di sekolah menengah.GPK Pendidikan Khas Kulai Besar, En.Mohd Zainuddin bin Md Dom antara yang memberi taklimat serta membawa ibu bapa melawat kelas-kelas kemahiran seperti kelas asas refleksologi di mana ibu-bapa dapat melihat latihan refleksologi serta mengalami sesi mengurut kaki.Selain itu, mereka juga dibawa ke bilik pembuatan roti untuk melihat bagaimana proses pembuatan roti dan merasa roti yang siap dibakar.
Sesi lawatan di akhiri dengan jamuan ringan dan berakhir pada jam 12 tengahari.
Gambar:Taklimat pdpc dan lawatan kelas kemahiran

PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL ANTARA PPKI SMK KULAI BESAR DAN SMK SULTAN IBRAHIM
Wednesday, 7 March 2018
PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL ANTARA PPKI SMK KULAI BESAR DAN SMK SULTAN IBRAHIM
Pada 7 Mac 2018, SMK SULTAN IBRAHIM dan SMK KULAI BESAR telah mengadakan PROGRAM KOLABORASI PDPC KEMAHIRAN ASAS VOKASIONAL PEMBUATAN ROTI bertempat di SMK SULTAN IBRAHIM.Seramai 6 orang pelajar pendidikan khas kulai besar ,seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid terlibat.Dalam program ini,pelajar dari kedua-dua sekolah bersama-sama mengambangkan bakat membuat aneka jenis roti.Mereka dibimbing oleh guru-guru bermula dari awal proses menyediakan bahan adunan, menyukat bahan, mengadun, membentuk doh, mengisi inti dan membakar roti.Hasil dari ketekunan dan kesungguhan para pelajar, akhirnya pelbagai jenis roti seperti roti pizza, kacang dan butter dan ramai yang berpuashati dengan rasa roti yang lazat dan berkhasiat.
Gambar menunjukkan proses menghasilkan 3 jenis roti.

LATIHAN KEMAHIRAN LUAR ASAS REFLEKSOLOGI DI AEON MALL KULAI
Saturday, 5 August 2017
Program kemahiran Latihan Luar Asas refleksologi telah pun mendapat kelulusan dari pihak PPD untuk menjalankan latihan kemahiran bertempat di Aeon Mall,IOI Mall,Pasaraya TJ Mart dan pesta karnival di sekitar kulai.Program akan bermula pada Julai dan berakhir pada November 2017.
Tujuan bagi program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan,latihan dan kemahiran kepada pelajar berkaitan dengan perkhidmatan refleksologi dalam dunia sebenar.Program ini melibatkan 6 orang pelajar ,penyelaras ppki, guru dan PPM.2 tarikh dipilih setiap bulan untuk pelajar menjalani latihan ini.
Program Latihan kemahiran luar asas refleksologi yang melatih pelajar merasai suasana sebenar mengurut pelanggan di luar sekolah.

LATIHAN KEMAHIRAN LUAR ASAS REFLEKSOLOGI DI PASAR TJMART SALENG
Sunday, 21 May 2017
Pada 4hb Mei 2017 yang lepas,Program Kemahiran Asas Refleksologi telah mengadakan aktiviti kemahiran luar yang bermula dari jam 10.00-12.30 pg bertempat di Pasar TJ Mart,saleng.Aktiviti ini disertai dengan 5 orang pelajar dan dipantau oleh seorang guru iaitu Puan Suhaini Abas dan seorang pembantu pengurusan murid Puan Juliana Suparman.Pihak sekolah telah mendapat keizinan daripada pihak pengurusan pasar TJ mart untuk mengadakan latihan di ruangan legar di bahagian barat kawasan pasar.Latihan kemahiran luar ini bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman pelajar iaitu dengan bertemu masyarakat.Justeru itu.para pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana sebenar mengurut kaki di luar.
Selama 2 jam setengah latihan dijalankan,pelajar-pelajar yang juga pelatih refleksologi berpeluang mengurut kaki orang awam yang berkunjung ke pasar tersebut.Rata-rata yang diurut banyak memuji program latihan ini.Mereka juga berpeluang bertanyakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan titik-titik refleks pada tapak kaki mereka.Setiap sesi refleksologi mengambil masa selama 40 minit.Ramai pengunjung Pasar TJ Mart yang diurut'telah memberi sumbangan kepada tabung refleksologi smk kulai besar.Kesimpulannya,latihan kemahiran luar yang dijalankan pada kali pertama telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.Diharapkan selepas ini lebih banyak latihan kemahiran luar dijalankan di sekitar kulai agar suasana 2 hala dapat diwujudkan antara pelatih refleksologi dan masyarakat.
Latihan kemahiran Asas Refleksologi di TJ Mart Saleng
KEMAHIRAN PEMBUNGKUSAN
Monday, 17 April 2017
Kelas Kemahiran Pembungkusan dibawah bimbingan Puan Herneyane bt Jasman.. Bilangan pelajar seramai 8 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme.Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membungkus pelbagai jenis kerepek. Selain itu,guru juga membuat aktiviti jualan. Dimana pelajar menjual kerepek yang telah siap dibungkus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad, selasa dan rabu pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian. Selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.

KEMAHIRAN ASAS MASAKAN
Kelas Kemahiran Asas Masakan dibawah bimbingan Puan Nurul Nadia yusoff. Bilangan pelajar seramai 9 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme. Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membuat kek cawan dan jagung kukus, cucur dan kek butter. Selain itu, guru juga membuat aktiviti jualan, di mana pelajar menjual kek coklat kukus dan jagung kukus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad dan selasa pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian...selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.

LAWATAN PENANDA ARAS DI SMK TAMAN PUTRI
Sunday, 16 April 2017
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kulai Besar (PPKI) telah mengadakan lawatan penanda Aras projek kemahiran ke SMK Taman Putri pada:
Tarikh:9 Mac 2017(Khamis)
Masa: 8.00 pagi-12.00 tghri
Bilangan peserta:20 pelajar, 7 orang guru pengiring dan 2 ppm.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menambahkan ilmu dalam bidang pertanian,penternakan dan dobi.Di samping pelajar dapat merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik.

KEMAHIRAN REFLEKSOLOGI
Saturday, 15 April 2017
Kelas kemahiran asas refleksologi yang dibimbing oleh Puan Suhaini binti Abas telah dapat mendidik pasukan refleksologi yang terdiri dari 7 orang pelajar iaitu 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Kemahiran refleksologi mengajarkan teknik-teknik mengurut kaki dengan menekan titik-titik refleks yang mewakili organ-organ dalaman badan.pelajar diajar cara mengurut yang sesuai dengan kemampuan mereka.Mereka kini semakin mahir di bidang ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Alamat
SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor
No telefon & Faks
No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210