LATIHAN KEMAHIRAN LUAR ASAS REFLEKSOLOGI DI AEON MALL KULAI

Saturday, 5 August 2017

                   Program kemahiran Latihan Luar Asas refleksologi telah pun mendapat kelulusan dari pihak PPD untuk menjalankan latihan kemahiran bertempat di Aeon Mall,IOI Mall,Pasaraya TJ Mart dan pesta karnival di sekitar kulai.Program akan bermula pada Julai dan berakhir pada November 2017.
                   Tujuan bagi program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan,latihan dan kemahiran kepada pelajar berkaitan dengan perkhidmatan refleksologi dalam dunia sebenar.Program ini melibatkan 6 orang pelajar ,penyelaras ppki, guru dan PPM.2 tarikh dipilih setiap bulan untuk pelajar menjalani latihan ini.


 Program Latihan kemahiran luar asas refleksologi yang melatih pelajar merasai suasana  sebenar mengurut pelanggan di luar sekolah.



LATIHAN KEMAHIRAN LUAR ASAS REFLEKSOLOGI DI PASAR TJMART SALENG

Sunday, 21 May 2017

       
 Pada 4hb Mei 2017 yang lepas,Program Kemahiran  Asas Refleksologi telah mengadakan aktiviti kemahiran luar yang bermula dari jam 10.00-12.30 pg bertempat di Pasar TJ Mart,saleng.Aktiviti ini disertai dengan 5 orang pelajar dan dipantau oleh seorang guru iaitu Puan Suhaini Abas dan seorang pembantu pengurusan murid Puan Juliana Suparman.Pihak sekolah telah mendapat keizinan daripada pihak pengurusan pasar TJ mart untuk mengadakan latihan di ruangan legar di bahagian barat kawasan pasar.Latihan kemahiran luar ini bertujuan untuk memberikan latihan dan pengalaman pelajar iaitu dengan bertemu masyarakat.Justeru itu.para pelajar dapat membiasakan diri dengan suasana sebenar mengurut kaki di luar.

          Selama 2 jam setengah latihan dijalankan,pelajar-pelajar yang juga pelatih refleksologi berpeluang mengurut kaki orang awam yang berkunjung ke pasar tersebut.Rata-rata yang diurut banyak memuji program latihan ini.Mereka juga berpeluang bertanyakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan titik-titik refleks pada tapak kaki mereka.Setiap sesi refleksologi mengambil masa selama 40 minit.Ramai pengunjung Pasar TJ Mart yang diurut'telah memberi sumbangan kepada tabung refleksologi smk kulai besar.Kesimpulannya,latihan kemahiran luar yang dijalankan pada kali pertama telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.Diharapkan selepas ini lebih banyak latihan kemahiran luar dijalankan di sekitar kulai agar suasana 2 hala dapat diwujudkan antara pelatih refleksologi dan masyarakat.




                                       Latihan kemahiran Asas Refleksologi di TJ Mart Saleng
                                                           

KEMAHIRAN PEMBUNGKUSAN

Monday, 17 April 2017

Kelas Kemahiran Pembungkusan dibawah bimbingan Puan Herneyane bt Jasman.. Bilangan pelajar seramai  8 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme.Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membungkus pelbagai jenis kerepek. Selain itu,guru juga membuat aktiviti jualan. Dimana pelajar menjual kerepek yang telah siap dibungkus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad, selasa dan rabu pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian. Selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.



KEMAHIRAN ASAS MASAKAN

Kelas Kemahiran Asas Masakan dibawah bimbingan Puan Nurul Nadia yusoff. Bilangan pelajar seramai 9 orang dan terdiri daripada kategori Down Sindrom dan Austisme. Di antara aktiviti yg telah dilakukan ialah membuat kek cawan dan jagung kukus, cucur dan kek butter. Selain itu, guru juga membuat aktiviti jualan, di mana pelajar menjual kek coklat kukus dan jagung kukus kepada pelajar aliran perdana pada waktu rehat setiap hari ahad dan selasa pada setiap minggu.Objektif aktiviti ini adalah supaya di akhir aktiviti pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yg diperolehi ke dalam kehidupan harian...selain itu, ia dapat membantu pelajar meningkatkan sifat keyakinan diri dan berani untuk bergaul dengan masyarakat.

LAWATAN PENANDA ARAS DI SMK TAMAN PUTRI

Sunday, 16 April 2017

Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kulai Besar (PPKI) telah mengadakan lawatan penanda Aras projek kemahiran ke SMK Taman Putri pada:

Tarikh:9 Mac 2017(Khamis)
Masa: 8.00 pagi-12.00 tghri
Bilangan peserta:20 pelajar, 7 orang guru pengiring dan 2 ppm.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menambahkan ilmu dalam bidang pertanian,penternakan dan dobi.Di samping pelajar dapat merasai pengalaman serta aktiviti yang menarik.

KEMAHIRAN REFLEKSOLOGI

Saturday, 15 April 2017

Kelas kemahiran asas refleksologi yang dibimbing oleh Puan Suhaini binti Abas telah dapat mendidik pasukan refleksologi yang terdiri dari 7 orang pelajar  iaitu 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.Kemahiran refleksologi mengajarkan teknik-teknik mengurut kaki dengan menekan titik-titik refleks yang mewakili organ-organ dalaman badan.pelajar diajar cara mengurut yang sesuai dengan kemampuan mereka.Mereka kini semakin mahir di bidang ini.

 



LAWATAN RISDA

23 Febuari 2017 bertempat di Kelas Pendidikan Khas Integrasi.... Lawatan dari Pihak Risda ke Kelas Pendidikan Khas SMK Kulai Besar untuk melihat sejauh mana murid-murid Pendidikan Khas berupaya untuk menghasilkan aneka jenis roti.



KEMAHIRAN PERTANIAN

KEMAHIRAN PERTANIAN yang dipimpin oleh PUAN NORFAHIZAH BINTI FADZIL membimbing pelajar akan cara-cara penanaman benih anak pokok seperti cili. terung, jagung,sawi dan lain-lain lagi.Pelbagai teknik juga diajarkan sebagai pengetahuan tambahan yang dapat menarik minat pelajar ke arah cinta akan pertanian.



                                       
                  








LAWATAN PENANDA ARAS PROJEK PEMBUATAN ANEKA JENIS ROTI DARI SK SENAI DAN SK SENAI UTAMA

Lawatan Penanda Aras Projek Pembuatan Aneka Jenis Roti dari SK Senai Dan SK Senai Utama ke PPKI SMK Kulai Besar pada 6 April 2017 (khamis). Alhamdulillah... Terima kasih yang tidak terhingga kepada Guru-guru, PPM dan anak-anak syurga ini yang sudi hadir ke sekolah kami. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama... Terima kasih juga kepada tenaga pengajar kita iaitu Cikgu Roshasma Maktar...








Alamat

SMK Kulai Besar
Batu 19, Kulai Besar, 81000 Kulai, Johor

No telefon & Faks

No Telefon : +607-6636700
Faks : +607-6623210